Aktiviti & Keputusan dalam Segmentasi Pasaran
1. menentukan pasaran yang akan disegmentasikan.
Segmentasi peringkat generik ditunjukkan dengan mengsegmentasikan pembeli-pembeli pasaran berdasarkan kepada jenis-jenis pembeli.
Contohnya, kekerapan membuat pembelian atau waktu membeli belah dan lain-lain.
Segmentasi jenis-produk pula dapat dilihat berdasarkan perbezaan-perbezaan dalam harga, kualiti, dan ciri-ciri produk tersebut.
Segmentasi kepelbagaian produk mengambilkira segmen-segmen yang ada di dalam sesuatu kategori.
Contohnya seperti pencukur elektrik (electric razors).
2. mengenalpasti segmen-segmen pasaran.
Terdapat satu atau lebih pembolehubah yang mungkin akan digunakan bagi membahagikan pasaran-produk kepada segmen-segmen pasaran. Antaranya :
3. membentuk segmen-segmen pasaran.
Keperluan- keperluan untuk segmentasi - antara persoalan yang penting yang sering ditanya ialah adakah ianya berbaloi untuk mengsegmentasikan sesebuah pasaran produk.
Lima kriteria utama yang amat berguna untuk penilaian suatu strategi segmentasi yang berpotensi.
Pendekatan - pendekatan untuk pengenalpastian segmen, ini dapat dilihat apabila pengenalpastian segmentasi dapat dibentuk dengan menggunakan dua pendekatan utama :
4. Strategi-strategi segmentasi yang lebih baik.
- Suatu kombinasi faktor-faktor yang terlibat akan dapat membantu sesebuah syarikat menggunakan strategi-strategi segmentasi dengan lebih baik.
- keupayaan-keupayaan syarikat untuk menawarkan penawaran-penawaran yang disesuaikandan efektif kos (aliran maklumat yang banyak, kewujudan pangkalan-pangkalan data pembeli, rekabentuk berkomputer, teknologi pengedaran, internet, dll)
- keinginan-keinginan para pembeli untuk sesuatu produk yang disesuaikan (kepelbagaian kehendak dan pilihan pelanggan)
- kelebihan-kelebihan organisasi ke atas hubungan-hubungan yang rapat dengan pelanggan.
Tiga pendekatan utama yang telah digunakan dalam mewujudkan strategi-strategi segmentasi yang lebih baik.
5. Memilih strategi segmentasi
- Penentuan bagaimana untuk segmentasi - pilihan bagi kaedah segmentasi bergantung kepada faktor-faktor kematangan pasaran, struktur persaingan, dan juga pengalaman organisasi dalam pasaran.
- Analisis strategik segmen-segmen pasaran - setiap segmen pasaran perlulah dikaji bagi menetukan potensi tarikannya sebagai satu sasaran pasaran (pelanggan, pesaing, pemposisian, jangkaan tarikan segmentasi)